Pernahkah Engkau Mentafsir
Kedamaian
Biodata Ringkas Penulis Syair Pernahkah Engkau
Mentafsir Kedamaian
Dato'
Baharuddin Zainal (Baha Zain)
TOKOH: Baharuddin Bin Zainal, Dato’. Juga terkenal dengan panggilan Baha Zain.
TARIKH/TEMPAT LAHIR: 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak.
PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2).
Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak, 190 – 1957. (3). Sekolah Anderson,
Ipoh, Perak, 1958 – 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1960 – 1963.
(5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970 – 1972.
Hasil penulisan Beliau
Esei dan puisi Baha Zain tentang penulis dan
persekitarannya : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.
Mencari imej Malaysia : dialog sastera,
seni rupa, seni bina / Hamdan Yahya dll,: Yayasan
Kesenian Perak, 1998.
Hikayat
Umar
Umaiyah
/ Selenggara oleh Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
A biography of Malaysian writers / Susunan,
Baharuddin Zainal dll: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
Sirih Pinang : kumpulan esei budaya /
Penyunting, Baharuddin Zainal, Anwar Ridhwan, Ayob Yamin: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1983.
Wajah : biografi seratus penulis /
Susunan, Baharuddin Zainal dll,: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
Mendekati kesusasteraan / Susunan Baharuddin
Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
Termasuklah Syair Pernahkah Engkau Mentafsir
Kedamaian.
Maksud Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
Bahagian
Satu
q Perasaan penyajak yang terganggu tidur
malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan kegelapan malam yang
dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrisiknya,
penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cahaya samar-2samar untuk menggambarkan
kehidupan yang sedang dihadapinya.
• Bahagian
Dua
q Persekitaran
kehidupan yang dianggap gelap ( sukar ) menyebabkan diri terasa terasing. Namun
anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.
q Penyajak
juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah
hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara pejuang-pejuang
keamanan yang dilihat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka menjadikan
agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang kemanusiaan melaungkan slogan
cinta akan kedamaian. Seruan mereka adalah supaya manusia berjuang dengan
harata dan negara. Diatas nama “ matlamat mencapai kedamaian” maka manusia
sanggup bertelingkah.
• Bahagian
Tiga
q Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat
peperangan dan perebutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan
pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara
q Pemimpin
yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan
harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun
manusia seperti bahasa dan kesenian.
q Penyajak
menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan.
Penyajak juga mengingatkan kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.
Ciri-ciri Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
Mempunyai
7 rangkap
Ø Contoh : 2
rangkap bahagian (I)
2 rangkap bahagian (II)
3 rangkap bahagian (III)
1 rangkap
4 baris
Ø Contoh :
Bahagian (I)
• 1 rangkap
8 baris
Ø Contoh
:Bahagian (II) rangkap 1
Bahagian (III) rangkap 1
• 1 rangkap
20 baris
Ø Contoh :
Bahagian (II) rangkap 2
1 rangkap
7 baris
Ø Contoh :
Bahagian (III) rangkap 2
1 rangkap
5 baris
Ø Contoh :
Bahagian (III) rangkap 3
SETIAP
BARIS 1-7 PATAH PERKATAAN
1 baris 1
perkataan
Ø Contoh :
Rangkap 3 baris 2 ( orang )
1 baris 2
perkataan
Ø Contoh :
Rangkap 4 baris 4 ( tanah perkuburan )
1 baris 3
perkataan
Ø Contoh :
Rangkap 4 baris 11 / baris 18 ( jadi slogan perjuangan / setinggi mana pun )
1 baris 4
perkataan
Ø Contoh :
Rangkap 5 baris 2 ( muzium, galeri dan universiti )
1 baris 5
perkataan
Ø Contoh :
Bahagian (III) Rangkap 7 baris 2 ( untuk semua bangsa yang membenci )
1 baris 6
perkataan
Ø Contoh :
Bahagian (II) Rangkap 4 baris 20 ( sebuah kota yang telah menjadi perebutan )
1 baris 7
perkataan
Ø Contoh
: Bahagian (III) Rangkap 5 baris 7 (
sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar )
SETIAP
BARIS MENGANDUNGI 2-19 SUKU KATA
Ø Contoh : 2
suku kata
Bahagian (II) Rangkap 3 , baris 2 ( orang )
Ø Contoh 19
suku kata
Bahagian (II) Rangkap 4 baris 7 ( kita laungkan
suara-suara keramat seolah-olah )
Rima akhir
tidak tetap
Ø Contoh :
Rangkap 3 ( a-b-a-b-a-c-a-d-e )
Nada
patriotik
Mempunyai
jeda
Sajak
bukan naratif
Nilai Estetika
Hiperbola
Contoh : Perang telah mengoyakkan halaman-halaman
(Bhg.3 Baris 3)
Mendengar bisikan hati nuraninya sendiri (Bhg.2 rangkap 2 , baris 14)
Metafora
Contoh :
Bisikan hati (Bhg.2 rangkap 2, baris 14)
Bau wang (Bhg.3 rangkap 2, baris 3)
Kata Ganda
Contoh :
Halaman-halaman (Bhg.3)
Remang-remang (Bhg.1)
Rongga-rongga (Bhg.2)
Anafora
Contoh : Perang-perang (Bhg.3)
Kita-kita (Bhg.2)
Sejarah-sejarah
(Bhg.3)
Responsi
Contoh : Pemimpin-pemimpin (Bhg.3)
Engkau-engkau (Bhg.1)
Epifora
Contoh : Baru-baru (Bhg.3)
Asonansi
Contoh : Pengulangan vokal ‘a’ 7 kali
Ø Perang
akan memusnahkan kubu, bangunan (Bhg.3 rangkap 1, baris 1)
Aliterasi
Contoh : Pengulangan konsonen ‘m’ 3 kali
Ø Perang
telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 rangkap 1, baris 3)
Persoalan Dalam Puisi Pernahkah Kau Mentafsir
Kedamaian
Persoalan
membandingkan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
Persoalan
godaan anasir jahat (syaitan)
Persoalan
pembawaan sikap pura-pura
Persoalan
menjadikan agama sebagai topeng
Persoalan
manusia yang sanggup mati dalam merebut kuasa
Persoalan
sikap pemimpin yang zalim
Nilai Masyarakat Dalam Puisi Pernahkah Engkau
Mentafsir Kedamaian
Masyarakat
yang memperingati antara satu sama lain
Masyarakat
yang mencari kedamaian
Masyarakat
yang mencari keamanan
Masyarakat
yang berusaha mencari kemenangan bagi kota mereka
Masyarakat
yang mencuba untuk mendapatkan kuasa
Pengajaran Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir
Kedamian
Kuatkan
iman dalam diri
Jangan
sesekali biarkan agama menjadi bahan permainan
Jangan
tamak akan harta sehingga menyebabkan kematian orang tidak bersalah
Sentiasa
pelihara bahasa, bangsa dan kesenian untuk mengelak diri ditindas
Jauhkan
diri daripada hasutan syaitan