Friday, 30 October 2015

♥ Lama Tinggal Blog Ni. Hmm ♥

Serius. Lama sgt dh x update pasal sastera ni. Dh jauh sgt hilang. Nk update pon dh xda masa. Sorry la untuk student2 yg slalu blog walking sni. Lama dh hakak x update. Kuikuikui.

Ok la tu dulu utk comeback blog. Nty hakak payung adik2 student dgn sastera2 baru okey. Sorry >,<

Sunday, 5 August 2012

♥ MENDUDUKI RUMAH BARU ♥


Menduduki Rumah Baru

Analisis
-   1 rangkap
-   17 baris 1 tangkap
-   4-5 patah perkataan 1 baris
-   6-14 suku kata 1 baris
-   Tidak terikat
-   Rima akhir tidak tetap

Tema : Adat menduduki rumah baru

Nilai Estetika
-   Personafikasi
: naik emas
-   Kata ganda separa
: berhati-hati
-   Hiperbola
: naik orang beribu laksa
-   Inversi
: berkat di pengajaran guru
-   Anaphora
: jangan-jangan
: naik-naik
: tepung-tepung
: ketiga-ketiga
-   Responsi
: tawar-tawar
-   Epifora
: jati-jati
-   Asonansi
: Pengulangan vocal ‘a’ 7 kali
:Allah menawar Muhammad menjampi
-   Aliterasi
: Pengulangan konsonen ‘n’ 6 kali
: jangan punah jangan ranah


Fungsi
-   Untuk memasang pagar rumah agar dapat mengelak daripada semangat jahat


Nilai Masyarakat
-   Masyarakt yang mementingkan adat
-   Masyarakat yang mempercayai agama
-   Masyarakat yang menyimpan harapan yang positif

Pengajaran
-   Kita hendaklah memohon kepada Allah agar rumah kita jauh dari kecelakaan
-   Keyakinan kita terhadap Allah

♥ PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN ♥


Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Biodata Ringkas Penulis Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain)

TOKOH: Baharuddin Bin Zainal, Dato’. Juga terkenal dengan panggilan Baha Zain.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2). Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak, 190 – 1957. (3). Sekolah Anderson, Ipoh, Perak, 1958 – 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1960 – 1963. (5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970 – 1972.

Hasil penulisan Beliau

—  Esei dan puisi Baha Zain tentang penulis dan persekitarannya : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.
—  Mencari imej Malaysia : dialog sastera, seni rupa, seni bina / Hamdan Yahya dll,: Yayasan Kesenian Perak, 1998.
—  Hikayat Umar Umaiyah / Selenggara oleh Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
—  A biography of Malaysian writers / Susunan, Baharuddin Zainal dll: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
—  Sirih Pinang : kumpulan esei budaya / Penyunting, Baharuddin Zainal, Anwar Ridhwan, Ayob Yamin: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.
—  Wajah : biografi seratus penulis / Susunan, Baharuddin Zainal dll,: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
—  Mendekati kesusasteraan / Susunan Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
—   Termasuklah Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian.

Maksud Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
—  Bahagian Satu
q   Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan kegelapan malam yang dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrisiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cahaya samar-2samar untuk menggambarkan kehidupan yang sedang dihadapinya.
•       Bahagian Dua
q  Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap ( sukar ) menyebabkan diri terasa terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.
q  Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara pejuang-pejuang keamanan yang dilihat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang kemanusiaan melaungkan slogan cinta akan kedamaian. Seruan mereka adalah supaya manusia berjuang dengan harata dan negara. Diatas nama “ matlamat mencapai kedamaian” maka manusia sanggup bertelingkah.
•       Bahagian Tiga
q   Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perebutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara
q  Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
q  Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.

Ciri-ciri Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
—  Mempunyai 7 rangkap
Ø  Contoh : 2 rangkap bahagian (I)
                 2 rangkap bahagian (II)
                 3 rangkap bahagian (III)
—  1 rangkap 4 baris
Ø  Contoh : Bahagian (I)
•       1 rangkap 8 baris
Ø  Contoh :Bahagian (II) rangkap 1
                Bahagian (III) rangkap 1
•       1 rangkap 20 baris
Ø  Contoh : Bahagian (II) rangkap 2
—  1 rangkap 7 baris
Ø  Contoh : Bahagian (III) rangkap 2
—  1 rangkap 5 baris
Ø  Contoh : Bahagian (III) rangkap 3
—  SETIAP BARIS 1-7 PATAH PERKATAAN
—  1 baris 1 perkataan
Ø  Contoh : Rangkap 3 baris 2 ( orang )
—  1 baris 2 perkataan
Ø  Contoh : Rangkap 4 baris 4 ( tanah perkuburan )
—  1 baris 3 perkataan
Ø  Contoh : Rangkap 4 baris 11 / baris 18 ( jadi slogan perjuangan / setinggi mana pun )
—  1 baris 4 perkataan
Ø  Contoh : Rangkap 5 baris 2 ( muzium, galeri dan universiti )
—  1 baris 5 perkataan
Ø  Contoh : Bahagian (III) Rangkap 7 baris 2 ( untuk semua bangsa yang membenci )
—  1 baris 6 perkataan
Ø  Contoh : Bahagian (II) Rangkap 4 baris 20 ( sebuah kota yang telah menjadi perebutan )
—  1 baris 7 perkataan
Ø  Contoh :  Bahagian (III) Rangkap 5 baris 7 ( sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar )
—  SETIAP BARIS MENGANDUNGI 2-19 SUKU KATA
Ø  Contoh : 2 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 3 , baris 2 ( orang )
Ø  Contoh 19 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 4 baris 7 ( kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah )
—  Rima akhir tidak tetap
Ø  Contoh : Rangkap 3 ( a-b-a-b-a-c-a-d-e )
—  Nada patriotik
—  Mempunyai jeda
—  Sajak bukan naratif

Nilai Estetika
—  Hiperbola
Contoh : Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 Baris 3)
              Mendengar bisikan hati nuraninya sendiri (Bhg.2 rangkap 2 , baris 14)
—  Metafora
Contoh :  Bisikan hati (Bhg.2 rangkap 2, baris 14)
               Bau wang (Bhg.3 rangkap 2, baris 3)
—  Kata Ganda
Contoh :  Halaman-halaman (Bhg.3)
               Remang-remang (Bhg.1)
               Rongga-rongga (Bhg.2)
—  Anafora
Contoh : Perang-perang (Bhg.3)
              Kita-kita (Bhg.2)
              Sejarah-sejarah (Bhg.3)
—  Responsi
Contoh : Pemimpin-pemimpin (Bhg.3)
              Engkau-engkau (Bhg.1)
—  Epifora
Contoh : Baru-baru (Bhg.3)
—  Asonansi
Contoh : Pengulangan vokal ‘a’ 7 kali
Ø  Perang akan memusnahkan kubu, bangunan (Bhg.3 rangkap 1, baris 1)
—  Aliterasi
Contoh : Pengulangan konsonen ‘m’ 3 kali
Ø  Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 rangkap 1, baris 3)

Persoalan Dalam Puisi Pernahkah Kau Mentafsir Kedamaian
—  Persoalan membandingkan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
—  Persoalan godaan anasir jahat (syaitan)
—  Persoalan pembawaan sikap pura-pura
—  Persoalan menjadikan agama sebagai topeng
—  Persoalan manusia yang sanggup mati dalam merebut kuasa
—  Persoalan sikap pemimpin yang zalim

Nilai Masyarakat Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian 
 —  Masyarakat yang memperingati antara satu sama lain
—  Masyarakat yang mencari kedamaian
—  Masyarakat yang mencari keamanan
—  Masyarakat yang berusaha mencari kemenangan bagi kota mereka
—  Masyarakat yang mencuba untuk mendapatkan kuasa

Pengajaran Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamian
—  Kuatkan iman dalam diri
—  Jangan sesekali biarkan agama menjadi bahan permainan
—  Jangan tamak akan harta sehingga menyebabkan kematian orang tidak bersalah
—  Sentiasa pelihara bahasa, bangsa dan kesenian untuk mengelak diri ditindas
—  Jauhkan diri daripada hasutan syaitan

♥ MANTERA ULIT MAYANG ♥


Mantera Ulit Mayang
-   Asal usul negeri Terengganu
-   Kaedah perubatan tradisional
-   Hak milik rakyat

Persoalan
-   Pemujaan yang mendalam terhadap tuan puteri tujuh
-   Mayang pinang digunakan diasap dan disapu minyak kelapa
-   Memohon perlindungan agar yang mengambil bahagian tidak tercedera

Analisis
-   Tidak terikat kecuali rangkap pertama
-   Puisi bebas
-   Bahasa mantera
-   Bahasa keramat

Fungsi
-   Perubatan tradisional
-   Untuk sembuhkan orang yang terkena sampuk

Nilai Masyarakat
-   Percaya akan benda khurafat
-   Percaya pada benda-benda tahyul
-   Mengamalkan adat

♥ PANDAI PAK PANDIR ♥


Pandai Pak Pandir
Tema : Kesedaran kepada Pak Pandir yang sanggup menggadaikan harta untuk hadiah pertarungannya

Persoalan
-   Penggadaian harta benda dalam pertarungan
-   Menanggung malu kerana terpaksa menggadaikan harta dan maruah diri

Analisis
-   Ada 1 rangkap
-   17 baris 1 rangkap
-   3-5 patah perkataan 1 baris
-   1-4 suku kata 1 baris
-   Tidak terikat
-   Rima akhir a,b,c,a,a,d,e,a,f,a,a,a,e,b,g,c,e

Nilai Estetika
-   Anafora
: orang-orang
-   Responsi
: gelagat-gelagat
-   Epifora
: Dagang-dagang
-   Paradox
: kucing dibunuh tikus dibela
-   Metafora
: mendengar gelagat dagang
-   Asonansi
: Pengulangan vokal ‘a’ 5 kali
: Pak Pandir yang menanggung
-   Aliterasi
: Pengulangan konsonen ‘t’ 3 kali
: Gelagat rambutan jantan


Nilai Kemasyarakatan
-   Jangan terlalu percaya akan sesuatu yang belum pasti
-   Hindarkan diri daripada perkara sia-sia

♥ PANTUN BUDI ♥


Pantun Budi

Maksud
Rangkap 1 : HUtang emas boleh bayar tapi hutang budi boleh dibawa sampai ke mati
Rangkap 2 : Bila meninggal kita akan kembali ke tanah tapi budi yang baik tetap dikenang
Rangkap 3 : Walaupun sudah tiada, orang masih menyebut nama dan budi yang dilakukan dan orang sentiasa ingin menghargainya

Persoalan
Budi yang dibawa mati
Budi yang terus dikenang
Budi yang disanjungi

Analisis
-   Ada 3 perenggan
-   1 perenggan 4 baris
-   1 baris 4-5 patah perkataan
-   1- 3 suku kata 1 baris
-   Rima akhir ab,ab
-   Terikat
-   Kesatuan idea

Nilai Estetika
-   Hiperbola
: Hancur badan dikandung tanah
-   Anafora
: Hutang-hutang
-   Responsi
: Baik-baik
-   Ale
-   Aliterasi
: Pengulangan konsonen ‘t’ 3 kali
: tenang-tenang air di laut
-   Asonansi
: Pengulangan vocal ‘u’ 3 kali
: hati terkenang mulut menyebut


Nilai Kemanusiaan
-   Berbudi pada orang lain agar diri sentiasa diingati
-   Menghargai orang yang berbudi
-   Orang yang berbudi sentiasa disanjungi