Sunday 5 August 2012

♥ MENDUDUKI RUMAH BARU ♥


Menduduki Rumah Baru

Analisis
-   1 rangkap
-   17 baris 1 tangkap
-   4-5 patah perkataan 1 baris
-   6-14 suku kata 1 baris
-   Tidak terikat
-   Rima akhir tidak tetap

Tema : Adat menduduki rumah baru

Nilai Estetika
-   Personafikasi
: naik emas
-   Kata ganda separa
: berhati-hati
-   Hiperbola
: naik orang beribu laksa
-   Inversi
: berkat di pengajaran guru
-   Anaphora
: jangan-jangan
: naik-naik
: tepung-tepung
: ketiga-ketiga
-   Responsi
: tawar-tawar
-   Epifora
: jati-jati
-   Asonansi
: Pengulangan vocal ‘a’ 7 kali
:Allah menawar Muhammad menjampi
-   Aliterasi
: Pengulangan konsonen ‘n’ 6 kali
: jangan punah jangan ranah


Fungsi
-   Untuk memasang pagar rumah agar dapat mengelak daripada semangat jahat


Nilai Masyarakat
-   Masyarakt yang mementingkan adat
-   Masyarakat yang mempercayai agama
-   Masyarakat yang menyimpan harapan yang positif

Pengajaran
-   Kita hendaklah memohon kepada Allah agar rumah kita jauh dari kecelakaan
-   Keyakinan kita terhadap Allah

♥ PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN ♥


Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Biodata Ringkas Penulis Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain)

TOKOH: Baharuddin Bin Zainal, Dato’. Juga terkenal dengan panggilan Baha Zain.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2). Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak, 190 – 1957. (3). Sekolah Anderson, Ipoh, Perak, 1958 – 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1960 – 1963. (5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970 – 1972.

Hasil penulisan Beliau

  Esei dan puisi Baha Zain tentang penulis dan persekitarannya : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.
  Mencari imej Malaysia : dialog sastera, seni rupa, seni bina / Hamdan Yahya dll,: Yayasan Kesenian Perak, 1998.
  Hikayat Umar Umaiyah / Selenggara oleh Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
  A biography of Malaysian writers / Susunan, Baharuddin Zainal dll: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
  Sirih Pinang : kumpulan esei budaya / Penyunting, Baharuddin Zainal, Anwar Ridhwan, Ayob Yamin: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.
  Wajah : biografi seratus penulis / Susunan, Baharuddin Zainal dll,: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
  Mendekati kesusasteraan / Susunan Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
   Termasuklah Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian.

Maksud Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
  Bahagian Satu
q   Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan kegelapan malam yang dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrisiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cahaya samar-2samar untuk menggambarkan kehidupan yang sedang dihadapinya.
       Bahagian Dua
q  Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap ( sukar ) menyebabkan diri terasa terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.
q  Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara pejuang-pejuang keamanan yang dilihat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang kemanusiaan melaungkan slogan cinta akan kedamaian. Seruan mereka adalah supaya manusia berjuang dengan harata dan negara. Diatas nama “ matlamat mencapai kedamaian” maka manusia sanggup bertelingkah.
       Bahagian Tiga
q   Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perebutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara
q  Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
q  Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.

Ciri-ciri Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
  Mempunyai 7 rangkap
Ø  Contoh : 2 rangkap bahagian (I)
                 2 rangkap bahagian (II)
                 3 rangkap bahagian (III)
  1 rangkap 4 baris
Ø  Contoh : Bahagian (I)
       1 rangkap 8 baris
Ø  Contoh :Bahagian (II) rangkap 1
                Bahagian (III) rangkap 1
       1 rangkap 20 baris
Ø  Contoh : Bahagian (II) rangkap 2
  1 rangkap 7 baris
Ø  Contoh : Bahagian (III) rangkap 2
  1 rangkap 5 baris
Ø  Contoh : Bahagian (III) rangkap 3
  SETIAP BARIS 1-7 PATAH PERKATAAN
  1 baris 1 perkataan
Ø  Contoh : Rangkap 3 baris 2 ( orang )
  1 baris 2 perkataan
Ø  Contoh : Rangkap 4 baris 4 ( tanah perkuburan )
  1 baris 3 perkataan
Ø  Contoh : Rangkap 4 baris 11 / baris 18 ( jadi slogan perjuangan / setinggi mana pun )
  1 baris 4 perkataan
Ø  Contoh : Rangkap 5 baris 2 ( muzium, galeri dan universiti )
  1 baris 5 perkataan
Ø  Contoh : Bahagian (III) Rangkap 7 baris 2 ( untuk semua bangsa yang membenci )
  1 baris 6 perkataan
Ø  Contoh : Bahagian (II) Rangkap 4 baris 20 ( sebuah kota yang telah menjadi perebutan )
  1 baris 7 perkataan
Ø  Contoh :  Bahagian (III) Rangkap 5 baris 7 ( sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar )
  SETIAP BARIS MENGANDUNGI 2-19 SUKU KATA
Ø  Contoh : 2 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 3 , baris 2 ( orang )
Ø  Contoh 19 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 4 baris 7 ( kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah )
  Rima akhir tidak tetap
Ø  Contoh : Rangkap 3 ( a-b-a-b-a-c-a-d-e )
  Nada patriotik
  Mempunyai jeda
  Sajak bukan naratif

Nilai Estetika
  Hiperbola
Contoh : Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 Baris 3)
              Mendengar bisikan hati nuraninya sendiri (Bhg.2 rangkap 2 , baris 14)
  Metafora
Contoh :  Bisikan hati (Bhg.2 rangkap 2, baris 14)
               Bau wang (Bhg.3 rangkap 2, baris 3)
  Kata Ganda
Contoh :  Halaman-halaman (Bhg.3)
               Remang-remang (Bhg.1)
               Rongga-rongga (Bhg.2)
  Anafora
Contoh : Perang-perang (Bhg.3)
              Kita-kita (Bhg.2)
              Sejarah-sejarah (Bhg.3)
  Responsi
Contoh : Pemimpin-pemimpin (Bhg.3)
              Engkau-engkau (Bhg.1)
  Epifora
Contoh : Baru-baru (Bhg.3)
  Asonansi
Contoh : Pengulangan vokal ‘a’ 7 kali
Ø  Perang akan memusnahkan kubu, bangunan (Bhg.3 rangkap 1, baris 1)
  Aliterasi
Contoh : Pengulangan konsonen ‘m’ 3 kali
Ø  Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 rangkap 1, baris 3)

Persoalan Dalam Puisi Pernahkah Kau Mentafsir Kedamaian
  Persoalan membandingkan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
  Persoalan godaan anasir jahat (syaitan)
  Persoalan pembawaan sikap pura-pura
  Persoalan menjadikan agama sebagai topeng
  Persoalan manusia yang sanggup mati dalam merebut kuasa
  Persoalan sikap pemimpin yang zalim

Nilai Masyarakat Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian 
   Masyarakat yang memperingati antara satu sama lain
  Masyarakat yang mencari kedamaian
  Masyarakat yang mencari keamanan
  Masyarakat yang berusaha mencari kemenangan bagi kota mereka
  Masyarakat yang mencuba untuk mendapatkan kuasa

Pengajaran Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamian
  Kuatkan iman dalam diri
  Jangan sesekali biarkan agama menjadi bahan permainan
  Jangan tamak akan harta sehingga menyebabkan kematian orang tidak bersalah
  Sentiasa pelihara bahasa, bangsa dan kesenian untuk mengelak diri ditindas
  Jauhkan diri daripada hasutan syaitan

♥ MANTERA ULIT MAYANG ♥


Mantera Ulit Mayang
-   Asal usul negeri Terengganu
-   Kaedah perubatan tradisional
-   Hak milik rakyat

Persoalan
-   Pemujaan yang mendalam terhadap tuan puteri tujuh
-   Mayang pinang digunakan diasap dan disapu minyak kelapa
-   Memohon perlindungan agar yang mengambil bahagian tidak tercedera

Analisis
-   Tidak terikat kecuali rangkap pertama
-   Puisi bebas
-   Bahasa mantera
-   Bahasa keramat

Fungsi
-   Perubatan tradisional
-   Untuk sembuhkan orang yang terkena sampuk

Nilai Masyarakat
-   Percaya akan benda khurafat
-   Percaya pada benda-benda tahyul
-   Mengamalkan adat

♥ PANDAI PAK PANDIR ♥


Pandai Pak Pandir
Tema : Kesedaran kepada Pak Pandir yang sanggup menggadaikan harta untuk hadiah pertarungannya

Persoalan
-   Penggadaian harta benda dalam pertarungan
-   Menanggung malu kerana terpaksa menggadaikan harta dan maruah diri

Analisis
-   Ada 1 rangkap
-   17 baris 1 rangkap
-   3-5 patah perkataan 1 baris
-   1-4 suku kata 1 baris
-   Tidak terikat
-   Rima akhir a,b,c,a,a,d,e,a,f,a,a,a,e,b,g,c,e

Nilai Estetika
-   Anafora
: orang-orang
-   Responsi
: gelagat-gelagat
-   Epifora
: Dagang-dagang
-   Paradox
: kucing dibunuh tikus dibela
-   Metafora
: mendengar gelagat dagang
-   Asonansi
: Pengulangan vokal ‘a’ 5 kali
: Pak Pandir yang menanggung
-   Aliterasi
: Pengulangan konsonen ‘t’ 3 kali
: Gelagat rambutan jantan


Nilai Kemasyarakatan
-   Jangan terlalu percaya akan sesuatu yang belum pasti
-   Hindarkan diri daripada perkara sia-sia

♥ PANTUN BUDI ♥


Pantun Budi

Maksud
Rangkap 1 : HUtang emas boleh bayar tapi hutang budi boleh dibawa sampai ke mati
Rangkap 2 : Bila meninggal kita akan kembali ke tanah tapi budi yang baik tetap dikenang
Rangkap 3 : Walaupun sudah tiada, orang masih menyebut nama dan budi yang dilakukan dan orang sentiasa ingin menghargainya

Persoalan
Budi yang dibawa mati
Budi yang terus dikenang
Budi yang disanjungi

Analisis
-   Ada 3 perenggan
-   1 perenggan 4 baris
-   1 baris 4-5 patah perkataan
-   1- 3 suku kata 1 baris
-   Rima akhir ab,ab
-   Terikat
-   Kesatuan idea

Nilai Estetika
-   Hiperbola
: Hancur badan dikandung tanah
-   Anafora
: Hutang-hutang
-   Responsi
: Baik-baik
-   Ale
-   Aliterasi
: Pengulangan konsonen ‘t’ 3 kali
: tenang-tenang air di laut
-   Asonansi
: Pengulangan vocal ‘u’ 3 kali
: hati terkenang mulut menyebut


Nilai Kemanusiaan
-   Berbudi pada orang lain agar diri sentiasa diingati
-   Menghargai orang yang berbudi
-   Orang yang berbudi sentiasa disanjungi