Saturday 23 June 2012

♥ DEFINASI, CIRI-CIRI, JENIS, FUNGSI & CONTOH SELOKA ♥


Definasi Seloka

      Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap.Jumlah baris,sama ada mempunyai irama atau pun tidak.Antara ciri seloka adalah mengejek,menyindir,secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun kelompok masyarakat.
    Menurut kamus dewan edisi ke-4,seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'sloka'.seloka biasanya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.

Ciri-Ciri Seloka
 
  • Satu bait seloka terdiri daripada 4 baris atau lebih.
  • Memiliki lebih dari satu bait.
  • Seloka pula disusun secara berangkap.Namun setiap rangkap tidak tetap,jadi rima akhir adalah bebas.isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti seloka Pak kaduk.
  • Berasal daripada perkataan sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.
  • Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.
  • Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu,jenaka,ejekan,gurauan atau sindiran yang tajam.
  • Sebuah seloka mmepunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap.

Jenis Seloka

     -Seloka mengejek
-Seloka khayal
  -Seloka melarat
        -Seloka gurau senda


Fungsi Seloka

               Fungsi seloka amat terbatas,secara umumnya,seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya,iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.Bersesuaian dengan sifat halus orang melayu.Puisi seloka digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba.

Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejak, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.

Contoh Seloka 

♥ CIRI-CIRI SYAIR, JENIS-JENIS SYAIR & CONTOH SYAIR ♥


CIRI-CIRI SYAIR, JENIS-JENIS SYAIR & CONTOH SYAIR

CIRI-CIRI SYAIR

Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima a,a,a,a.  Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi bentuk-bentuk yang lain. Walau bagaimanapun, variasi ini hanyalah kepada bentuk visualnya sahaja khususnya daripada aspek rima akhir.

Menurut Harun Mat Piah ( 1989 ), syair dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu :

i : Dua baris serangkap dengan rima a,b ( memerlukan beberapa rangkap )
ii : Tiga baris serangkap dengan rima a,a,b
iii : Empat baris serangkap dengan rima a,a,a,a
iv : Empat baris serangkap dengan rima a,b,a,b
v : Empat baris serangkap dengan rima a,a,b,b
vi : Empat baris serangkap dengan rima a,a,a,b , c,c,c,d , d,d,d,d dan seterusnya
 vii : Empat baris seirama ( monorhyme )
viii : Empat baris berkait

JENIS-JENIS SYAIR

Menurut Harun Mat Piah ( 1989:242 ), berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita ( naratif ) dan bukan cerita ( bukan naratif ).
Syair yang berupa cerita ( naratif ) :
i : Syair romantis
ii : Syair sejarah
iii : Syair keagamaan
iv : Syair kiasan
Syair bukan cerita ( bukan naratif ) :
i : Syair agama
ii : Syair nasihat
iii : Tema-tema lain yang berasingan 

CONTOH SYAIR KAT LAMAN WEB BAWAH NI :
 
http://tatabahasabm.tripod.com/lamanbm/puisisatu/syair.htm

♥ DEFINASI SYAIR ♥


DEFINASI SYAIR

Keseluruhan pengkaji bependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair dari tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapu dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah). Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa syair Melayu juga dipemgaruhi oleh syair atau puisi Arab (Islam).

Orang Melayu berkenalan dangan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma'. Fusus Al-Hakim, Al-Insan Al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik Salleh (1297 M) di Pasai. Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu terdapat di batu bersurat atau prasasti Minye Tujuh (1380 M), Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tikoh ulama dan pujangga Melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya. Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuknya yang lebih mantap dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya.

Dalam pustaka persuratan Melayu, syair merupakan jenis puisi yang kedua terbesar jumlahnya selepas pantun. Sebagaimana pantun, syair boleh dihayati berdasarkan ciri dan fungsinya.

 Ciri atau sifat syair boleh dilihat berdasarkan aspek bentuk dan isi.

♥ CONTOH PANTUN YANG DIHASILKAN SENDIRI ♥


 CONTOH PANTUN YANG DIHASILKAN SENDIRI

  • Contoh pantun dua kerat

  • Pantun 2 kerat hasil sendiri ^^

Bekas pensil merah jambu,
Pastikan diri hormati ibu.

Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Lagi tiga bulan kita nak raya.

  • Contoh pantun empat kerat

  • Contoh pantun sendiri ^^
 
Pakai baju berwarna ungu,
Baju dipakai untuk ke pesta,
Hatimu dan hatiku sentiasa bersatu,
Hidup bersama hingga akhirnya.
 
Indah sungguh bunga ditaman,
Burung berkicau ceria bersama,
Gadis melayu gadis idaman,
Cantik senyuman cantik agamanya.

  • Contoh pantun enam kerat

  • Contoh pantun hasil sendiri ^^
Naik kereta ke kedai mamak,
Sampai kedai mamk pesan capati,
Capati dihidang dalam pinggan tin,
Hidup didunia jangan berlagak,
Kalau tidak mahu diri dicaci,
Pastikan diri sentiasa beriman.
 
Pergi ke zoo melihat enggang,
Tak lupa juga tengok rama-rama,
Tepi tasik ada unggas,
Kalau sudah ada yang sayang,
Jangan tunggu terlalu lama,
Nanti diri sendiri yang melepas.

  • Contoh pantun lapan kerat
 
  • Contoh pantun hasil sendiri ^^
 Anak ayam dalam reban,
Tnagkap ikan guna bubu,
Berenang-renang ikan kelisa,
 Ingin lepas dari sarang,
Berterima kasih kita kepada teman,
Sering menemani dikalau risau,
Jika tidak diri sentiasa terasa,
Tidak berteman hidup seorang.

  • Contoh pantun sepuluh kerat
 
  • Contoh pantun hasil sendiri ^^
 
 Sejarah bermula dari Melaka,
Orang Kelantan makan budu,
Nak ke Tanjung naik beca,
Berjalan kaki ke Padang Rengas,
Naik kereta api ke Pekan Pahang,
Hidup berbudi dan berbahasa,
Negara aman rakyat bersatu,
Tiada persengketaan antara kita,
Bekerjasama dalam menjalankan tugas,
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

 
  • Contoh pantun hasil sendiri ^^
 Awal bulan rancang bersama keluarga,
Cuti sekolah hujung bulan,
Pulang ke kampung di Batu Pahat,
Jiran sebelah makan mi kari,
Ke restoran makan mi hailam,
Orang cakap sayang kita,
Tapi hati cakap lain,
Apa lagi boleh buat,
Hanya boleh terima kenyataan,
Teruskan hidup seorang diri,
Tanpa ingat masa silam.

♥ FUNGSI PANTUN ♥

FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU

  • Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih
Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Namun begitu, oleh sebab terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya tidak termakan budi sehingga berjiwa hamba, terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan. Berikut merupakan dua contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara meluas tentang budi yang berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak dan melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur sehinggalah jumlah hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza denagn budi, hutang budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia sekalipun.

Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan bahasa yang lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya.

Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Misalna sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang daripada menerima kecelakaan atau kemalangan terutama yang melibatkan nyawa, maka budi kita akan diingati selamanya selagi hayat dikandung badan. Nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada penerimanya sekiranya kita mengambil contoh pemberian sedekah, bantuan kepada orang-orang miskin atau mereka yang memerlukan dalam meringankan beban kerja atau kos sara hidup yang perlu ditanggung dalam meniti kehidupan di dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup, masalah kesihatan dan tidak berpendidikan.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat betapa perlunya seseorang itu berbudi kepada masyrakat. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman dahulu kala amat mengagungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan seorang pemudi, perkara pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa itu ialah bakal menantunya berbudi atau tidak, begit juga sebaliknya ibu bapa pemuda yang memasuk meminang untuk anak mereka menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak. Sekiranya didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal.

Kesimpulannya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun temurun dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga, kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan pantun bertujuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih, memberi nasihat dalam adat perkahwinan dan lain-lain lagi. Hla ini demikian kerana pantun menjadi wadah dan wahana yang digunakan untuk menyampaikan dan menjelaskan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat tradisional melayu.

  • Tujuan adat istiadat
Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini. Antaranya ilah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya, Antara fungsi pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga dogunakan sebagau alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat dan huraiannya.
Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.
Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini menceritakan tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaan pinang akan pulang ke gagang bugitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila sampai serunya. Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongan nya ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.
Buah berangn di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda,
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.

Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibi bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan, belanja perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah berpunya. Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuan tersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.

Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuah masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat tersebut. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsi menyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuah masyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.

  • Meluahkan rasa kasih sayang
Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. pnatun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih sayang, cinta dan rindu yang mendalam.

Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cuba disampaikan oleh pengkarya ialah mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia degang Tuhan dan manusia dengan alam. Perasaan sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun masyarakat tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini telah memperlihatkan bahawa masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat dihalang oleh manusia daripada terus berlaku kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi. Berikut merupakan dua contoh pantun kasih sayang dan penerangannya :

Bunga melur di atas titi,
Mari dibungkus di dalam kertas,
Dalam telur lagi dinanti,
Inikan pula sudah menetas.

Pada rangkap pertama pantun kasih syang di atas memaparkan mengenai ajaran tentang kesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaan seseorang dalam melakukan sesebuah perhubungan seperti dalm persahabatan, percintaan, dan sebagainya. Kesetiaan dalam hubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran. Ragkap pertama cuba menceritakan mengenai kesetiaan seorang jejaka menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu.

Lama sudah tidak ke ladang,
Padi sudah dililit kangkung,
Selama tuan tidak kupandang,
Putus hati pengarang jantung.

Rangkap kedua pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitu masyarakat mestilah mempunyai sifat timbang rasa dalm perhubungan, Sifat ini hanya boleh dimiliki oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak ambil perhatian. Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu, dapat menguntungkan seseorang dan mengukuhkan lagi perhubungan agar aman dan harmoni. Sikap keprihatinan ini amat jelas pada rangkap terakhir ketika si gadis tidak memandang lelaki lain selain daripada kekasihnya. Keprihatinan ini wajar diikuti oleh masyarakat agar dapat mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnya dapat memupuk sikap keprihatinan terhadap keluarga, kekasih mahupun masyarakat. Sekiranya sikap keprihatinan tidak diamalkan dlam perhubungan maka ianya tidak akan bertahan dengan lama kerana wujud sikap mementingkan diri sendiri. Oleh sebab itu, sikap ini sangat penting dalam perhubungan dan seharusnya dilaksanakan oleh masyarakat setempat dinihari.

Kesimpulannya, antun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan masyarakat Melayu. Pantun ini juga amat memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh pantun merangkumi aspek daya fikiran, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan kehidupan masyarakat melayu. Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu mereka mesti mempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hungga ke generasi akan datang dan tidak ditelan perubahan zaman.

  • Untuk sindiran dan tempelak
Mengapakah orang melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu. kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyrakat melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata yang diaturkan. Dalam membuat teguran, maka lahirlah pelbagai bentuk kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Berikut merupakan dua contoh pantun kiasan dan penerangannya :

Pondok robek makan api,
Anak cina main teropong,
Katak bertingkir besar hati,
Dapat dunia bawah tempurung.

Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap manusia yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia sebegini tidak akan berusaha unutk memajukan diri sendirir tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya dengan rasa gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya tidak akan membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin maju tidak ada padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu episod yang diceritakan sebagai situasi yang dapt dipelajari dan cuba mengandaikan atau mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut. Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk makna atau maksud sosial dan moral sastera.

Ayam dikepuk dipanggil pulang,
Kain tercarik tersangkut duri,
Usah ditepuk air di dulang,
Kelak terpercik muka sendiri.

Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak memburukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau shabat handai akan mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang luar.
 
Sebagai kesimpulan, penggunaan kias ibarat ini sudah menjadi perhiasan alam dan mencantikkan bahasa kerana kiasan banyak menggambarkan keindahan alam dan pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting ialah penggunaan kias ibarat berperanan menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin dinyatakan secara terang-terangan. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan.
 
  • Menyampaikan masej keagamaan
Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Selain itu, pantun juga memberitahu umat islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sana ada baik atau bruuk. Berikut merupakan dua contoh pantun agama dan penerangannya :
 
Redup bulan nampak hujan,
Pasang pelita sampai berjelaga,
Hidup mati di tangan Tuhan,
Tiada siapa dapat menduga.
 
Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan ialah sesuatu perkara yan hendak berlaku mesti ada petanda. Contohnya, bulan yang redup menandakan hujan akan turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai berjelaga bermakna hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat dijangka kerana segalanya hanya Allah yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allah sahaja yang mengetahuinya serta Allah mengkehendaki apa yang Dia kehendaki iaitu akan terjadi sesuatu itu atas kemahuan-Nya. Contoh, bayi yang baru lahir dalam tempoh sehari bole meninggal atas kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun sesaat.
 
 Sayang-sayang buah kepayang,
Buah kepayang hendak dimakan,
Manusia hanya mampu merancang,
Kuasa Allah yang menentukan.


Rangkap kedua pantun agama menceritakan mengenai sayang-sayang buah kepayang iaitu maksudnya walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yan menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas manusia yang dicipta-Nya. Manusia boleh merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang walaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T kuasa Allah tiada siapa hanyalah hamba-Nya.
 
Kesimpulannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan pantun agama memang terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mngajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi.