Thursday 12 July 2012

♥ DEFINASI TEROMBA, BENTUK, TEKNIK PENULISAN & FUNGSI ♥

DEFINISI TEROMBA

Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya. 

Ciri Teromba : (Adat Tonggak Nilai)

Dari aspek bentuk
  1. Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
  2. Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  3. Rima akhir teromba adalah tidak tetap
  4. Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris, contoh:
Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
    Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas
e. Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
    Contoh,

    R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
    R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk
  1. Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa

  2. Contoh : Bulat air kerana pembetung
    Bulat manusia kerana muafakat Rangkap 5

    Hidup dikandung adat,
    Mati dikandung bumi, Rangkap 5

    Ciri dari segi isi :
    Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.
Teknik penulisan :

Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat

  1. Rangkap teromba :
    Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.

  2. Jumlah perkataan sebaris :
    Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris
    Contoh,
    Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
    Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas /
  3. Jumlah suku kata sebaris :
    Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
    Contoh,
    R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
    R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk

  4. Maksud teromba
    Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih. Oleh itu teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai ‘puisi adat’.
FUNGSI TEROMBA

  • Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk.Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita. 
  • Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.

♥ DEFINASI TALIBUN ♥

Definasi Talibun

  • Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris,jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang.talibun juga tidak mempunyai sistem rima yang tertentu.
  • Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapay sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya,tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap pantun
  • Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan talibun didalam sesebuah cerita lipur lara.fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut.
  • Isi atau tema sesebuah  talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks.misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota,kecantikan seseorang puteri atau kesaktian jenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.
  • Penggunaan bahasa pengulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.teknik pengulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa,tetapi juga dalam seluruh puisi tersebut.


  • Rima Akhir Sempurna
  •  
  • Rima akhir sempurna adalah persamaan bunyi pada suku kata terakhir..
Contoh:
jalan ~ pelan
panggang ~ tegang

  • Rima Akhir Tak Sempurna
  •  
  • Rima akhir tak sempurna adalah persamaan bunyi pada bagian suku kata terakhir..
Contoh:
makan ~ telan
pergi ~ kaki

  • Rima Akhir Ganda
  •  
  • Rima akhir ganda adalah persamaan bunyi pada dua suku kata terakhir..
Contoh:
kerabat ~ menjabat
pangkalan ~ sejalan

  • Rima Akhir Ganda Tak Sempurna
  •  
  • Rima ganda tak sempurna adalah persamaan bunyi pada sebagian dua suku kata terakhir..
Contoh:
gelas ~ teras
piring ~ giling

  • Rima Awal
  •  
  • Rima awal adalah persamaan bunyi pada suku kata awal..
Contoh:
kerja ~ kerbau
panggul ~ panggang

♥ JENIS & FUNGSI GURINDAM ♥

 
Jenis-Jenis Gurindam
  • Gurindam serangkap 2 bari
  •  Gurindam serangkap 4 baris
  • Gurindam bebas
 Fungsi Gurindam
  • gruindam berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk mendidik khalayak orang ramai..
  • unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah iman dan moral yang baik.
  

♥ CIRI-CIRI GURINDAM ♥

Ciri-Ciri Gurindam

  • Berangkap.
  • Ada bentuk terikat dan bentuk bebas.
  • Bentuk terikat mempunyai rima akhir terikat/sama/aa.
  • Bentuk terikat mempunyai dua baris serangkap.
  • Bentuk terikat mempunyai baris pertama sebagai syarat/soalan dan baris kedua merupaka isi/jawapan.
  • Bentuk terikat jumlah perkataan sebaris di antara 2/3/4 hingga 5/6.
  • Bentuk terikat jumlah suku kata sebaris di antara 8/9/10 hingga 12/13/14.
  • Bentuk bebas mempunyai satu rangkap.
  • Bentuk bebas semua baris merupakan isi/maksud/sampiran.
  • Bentuk bebas jumlah baris serangkap tidak tentu/bebas.
  • Bentuk bebas rima akhir bebas/tidak sama.
  • Bentuk bebas jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak.
  • Bentuk bebas jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak.
  • Dilafazkan secara  berlagu.
  • Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara  di tengah baris.
  • Isi gurindam bersifat objektif/serius/tiada unsur jenaka/lucu/gurauan.
  • Isi gurindam berunsur nasihat/pendidikan/pengajaran/keagamaan/teguran/kritikan/teladan.
  • Isi gurindam bertujuan menyedarkan/menginsafi/berhati-hati.
  • Isi gurindam lebih berat dan dalam berbanding dengan isi seloka.

♥ DEFINASI GURINDAM ♥

Definasi Gurindam

"Adapun gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya tapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya saja, jadilah seperti sajak yang pertama syarat dan sajak yang kedua jadi seperti jawab" - RAJA ALI HAJI

"Gurindam bahasanya padat dan bernas, isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, sindir, giat yang bermain-main dan menggelikan hati" - PENDETA ZA'BA

"Gurindam mengandungi nasihat, pengajaran dan kebenaran. Kalau ditilik gurindam itu dekat benar kepada pepatah dan peribahasa. Gurindam terdiri daripada dua baris. Kedua-dua baris itu bersajak dan mengutarakan satu idea yang bersambung" - PROF TAKDIR ALISJAHBANA

"Gurindam sebagai sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris, berisi dengan berbagai-bagai pengajaran" - KAMUS DEWAN

"Gurindam isinya mengatakan suatu nasihat atau kebenaran dan biasanya terdiri atas dua baris yang bersajak. Perhubungan antara kalimat yang pertama dengan kalimat yang kedua adalah sebagai anak kalimat dengan induk kalimat atau dikatakan juga, kalimat yang pertama berisi semacam perjanjian dan kalimat yang kedua akibat atau jawab dari perjanjian itu" - ZUBER USMAN B.A

"Gurindam Bentuk Terikat terdiri daripada dua baris yang berpasangan dan rima setiap baris kebanyakannya sama. Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawapan. Isi kandungannya tersurat dan tersirat nasihat serta pengajaran" - MAS ADEKI