Saturday 23 June 2012

♥ DEFINASI SYAIR ♥


DEFINASI SYAIR

Keseluruhan pengkaji bependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair dari tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapu dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah). Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa syair Melayu juga dipemgaruhi oleh syair atau puisi Arab (Islam).

Orang Melayu berkenalan dangan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma'. Fusus Al-Hakim, Al-Insan Al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik Salleh (1297 M) di Pasai. Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu terdapat di batu bersurat atau prasasti Minye Tujuh (1380 M), Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tikoh ulama dan pujangga Melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya. Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuknya yang lebih mantap dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya.

Dalam pustaka persuratan Melayu, syair merupakan jenis puisi yang kedua terbesar jumlahnya selepas pantun. Sebagaimana pantun, syair boleh dihayati berdasarkan ciri dan fungsinya.

 Ciri atau sifat syair boleh dilihat berdasarkan aspek bentuk dan isi.

0 comments:

Post a Comment