Thursday 12 July 2012

♥ DEFINASI TALIBUN ♥

Definasi Talibun

  • Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris,jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang.talibun juga tidak mempunyai sistem rima yang tertentu.
  • Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapay sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya,tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap pantun
  • Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan talibun didalam sesebuah cerita lipur lara.fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut.
  • Isi atau tema sesebuah  talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks.misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota,kecantikan seseorang puteri atau kesaktian jenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.
  • Penggunaan bahasa pengulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.teknik pengulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa,tetapi juga dalam seluruh puisi tersebut.


  • Rima Akhir Sempurna
  •  
  • Rima akhir sempurna adalah persamaan bunyi pada suku kata terakhir..
Contoh:
jalan ~ pelan
panggang ~ tegang

  • Rima Akhir Tak Sempurna
  •  
  • Rima akhir tak sempurna adalah persamaan bunyi pada bagian suku kata terakhir..
Contoh:
makan ~ telan
pergi ~ kaki

  • Rima Akhir Ganda
  •  
  • Rima akhir ganda adalah persamaan bunyi pada dua suku kata terakhir..
Contoh:
kerabat ~ menjabat
pangkalan ~ sejalan

  • Rima Akhir Ganda Tak Sempurna
  •  
  • Rima ganda tak sempurna adalah persamaan bunyi pada sebagian dua suku kata terakhir..
Contoh:
gelas ~ teras
piring ~ giling

  • Rima Awal
  •  
  • Rima awal adalah persamaan bunyi pada suku kata awal..
Contoh:
kerja ~ kerbau
panggul ~ panggang

0 comments:

Post a Comment