Friday 22 June 2012

♥ CIRI-CIRI PANTUN ♥

CIRI-CIRI PANTUN

  • Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya.
  • Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud.
  • Bagi pantun empat kerat, baris pertama dan baris kedua adalah pembayang, manakala baris ketiga dan keempat adalah maksud.
  • Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.
Contoh pantun dua kerat :

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Contoh pantun empat kerat :

Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

  • Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar / sama.
  • Bagi pantun dua kerat, rima akhir dalam bentuk a,a.
  • Pantun empat kerat, rima akhir dalam bentuk a,b,a,b.
Contoh pantun dua kerat :

Gendang gendut tali kecapi, (a)
Kenyang perut suka hati. (a)

Contoh pantun empat kerat :

Pulau pandan jauh ketengah, (a)
Gunung daik bercabang tiga, (b)
Hnacur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)

  • Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan.
Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hnacur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
  • Setiap baris dalam pantun mempunyai 8 hingga 12 suku kata.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
  • Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
  1.  Mengandungi empat kerat / baris.
  2. Jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan.
  3. Jumalah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata.
  4. Ada hubungan antara pembayang (2 baris diatas) dan maksud (2 baris dibawah).
  5. Bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama a,b,a,b.
  6. Bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan sumber alam.
  7. Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral, dan falsafah hidup.
  8. Sarat pembayang ciri-ciri tradisional, penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang mahir melahirkan dan menggunakannya.
 

0 comments:

Post a Comment