Friday 22 June 2012

♥ JENIS-JENIS PANTUN ♥


JENIS-JENIS PANTUN
  • Terdapat 11 jenis pantun yang terdapat dalam prosa tradisional.
  • Antaranya ialah :
  1. Budi
  2. Nasihat
  3. Sindiran
  4. Kanak-kanak
  5. Teka-teki
  6. Peribahasa
  7. Naratif
  8. Adab
  9. Agama
  10. Kepahlawanan
  11. Adat resam
Contoh pantun budi :

Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang,
Baik berbatas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.

Contoh pantun nasihat :

Ayam dikepuk dipanggil pulang,
Kain tercarik tersangkut duri,
Usah ditepuk air di dulang,
Kelak terpercik ke muka sendiri.

Contoh pantun sindiran :

Pondok robek makan api,
Anak cina main teropong.
Katak bertingkir besar hati,
Dapat dunia bawah tempurung.

Contoh pantun kanak-kanak :

Sudah geharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Contoh pantun teka-teki :

Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah teka wahai saudara,
Makin diisi makin ringan. J; Belon

Contoh pantun peribahasa :

Ombak badai menggulung-gulung,
Kelasi terdampar di tepi pantai,
Hajat dihati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.

Contoh pantun adab :
 
Awal pertama orang berbangsa,
Kedua banyak ribu dan laksa,
Ketiga majlis bermanis muka,
Keempat banyak berbudi bahasa.
 
Contoh pantun keagamaan :
 
Daun tetap di atas dulang,
Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada terlarang,
Perbuatan haram jangan dicuba.
 
Contoh pantun kepahlawanan :
 
Guruh berdentum bumi bergegar,
Ayam jaguh sedang bersabung,
Jangan cakap sahaja berdegar,
Hulur senjata kita bertarung.
 
Contoh pantun adat resam :
 
  • Antara seni kehalusan orang Melayu adalah berpantun dan pada zaman kini, pantun-pantun Melayu sudah kian dilupakan masyarakat kini. Oleh sebab kita masih membicarakan berkenaan adat resam perkahwinan terutamanya bab bertunang, di sini ada beberapa koleksiyang digunakan untuk majlis pertunangan :
 Waris lelaki:
Rumah kecil paranya lima,
Tempat menyalai ikan kerici,
Alahai Encik saya bertanya,
Berapakah harga intan di sini?
 
Waris perempuan :
Tali kail panjangnya lima,
Akan pengail ikan tenggiri,
Tujuh tahil sekati lima,
Itulah harga intan disini.
 
Waris lelaki :
Kalau tidak rengas di tanjung,
Pandan di hulu direbahkan,
Kalau tidak emas dikendong,
Badan dahulu diserahkan.
 
Waris perempuan :
Kalau tiada rengas di tanjung,
Ambil beringin pagarkan dulang,
Kalau tiada emas dikendong,
Janganlah ingin anak orang.

Waris lelaki :
Ribu-ribu batang terpanggung,
Akan duduk batang rumbia,
Walau beribu hutangku tanggung,
Akanku pinang idaman dara.

Waris perempuan (jika pinangan diterima)
Sapu tangan jatuh ke laut,
Jatuh dengan kalas-kalasnya,
Panjang tangan sahaya menyambut,
Satu tidak dengan balasnya.

Waris perempuan (jika pinangan ditolak)
Cik Ungku mudik ke hulu,
Ambil kain basuh nilanya,
Kalau yang ini biarlah dulu,
Kalau yang lain barang bilanya.

0 comments:

Post a Comment